Pages

Thursday, September 13, 2012

Roti Jala dan Kari Ayam



Bahan-Bahan Untuk Roti Jala:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk kunyit untuk warna (jika mahu)
Sedikit minyak masak/ghee
Sehelai daun pandan

Cara Membuatnya:

Kisar (blend) semua bahan di atas. Kirai di atas non-stick frying pan menggunakan acuan roti jala. Ketika roti separuh masak sapukan sedikit minyak ke atasnya (setiap kali mengirai) menggunakan daun pandan.

Bahan-Bahan untuk Kari Ayam:

Seekor ayam (dipotong 16)
3-4 ulas bawang besar (kisar)
2-3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 ulas bawang besar (hiris)
Air
1 1/2 bungkus rempah kari ayam/daging Babas atau Alagappa
2 biji kentang yang dipotong 4 atau enam (bergantung kepada saiz)
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Minyak masak

Cara Membuatnya:

Rendam rempah kari dengan sedikit air sehingga membentuk pes. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang yang dihiris. Setelah kekuningan, masukkan pes rempah kari. Kacau hingga agak garing. Masukkan semua bahan kisar. Kacau hingga agak mendidih. Masukkan air sedikit demi sedikit bergantung kepada kepekatan kari yang diingini. Masukkan kentang. Setelah kentang separuh masak, masukkan ayam. Akhir sekali masukkan garam dan daun pandan. Kacau dan biar mendidih.





No comments:

Post a Comment