Pages

Tuesday, September 11, 2012

Chicken Boxing



Bahan-bahan:

30 kepak ayam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk cili
sedikit serbuk lada hitam
telur (dipukul dadar)
serbuk roti
garam
Jus lemon (jika mahu)

Bahan untuk sos:

Sos cili
Sos tomato
Mayonis

Cara membuatnya:

Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Ambil bahagian yang banyak isi, kikis dan terbalikkan ke atas. Dengan cara ini, kepak ayam akan kelihatan seperti penumbuk atau  'drumstick' kecil. Perapkan ayam dengan serbuk lada putih, serbuk lada hitam, jus lemon (jika mahu) dan serbuk cili. Perapkan selama 1 jam. Setelah itu, celupkan ayam ke dalam telur. Gaulkan di dalam serbuk roti. Goreng.hingga warnanya keemasan.

Cara membuat sos:

Campurkan sos cili, sos tomato dan mayonis

No comments:

Post a Comment