Pages

Wednesday, September 12, 2012

Pavlova



Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 6 biji telur (ambil telur putih sahaja)
  • 1 sudu teh krim tartar
  • 1 1/3 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 200ml krim putar (dipukul)
  • Buah-buahan seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya

  • Cara membuat meringue:

    Panaskan oven pada suhu 200°C. Lukiskan bulatan 24cm (diameter) di atas 'baking paper'. Taburkan satu sudu teh tepung jagung di atas 'baking paper' itu.  Pukul putih telur dan krim tartar sehingga membentuk adunan yang kelihatan lembut. Masukkan gula (sesudu demi sesudu) dan pukul sehingga adunann kelihatan pekat dan berkilat ('glossy). Tambahkan 3 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu besar gula. Masukkan esen vanila dan cuka dan 'fold'.

    Sendukkan meringue yang terhasil ke atas baking paper. Rendahkan suhu ketuhar ke 100°C dan masukkan meringue tadi. Bakar selama 1 1/4 to 1 1/2 jam atau sehingga kelihatan rangup. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk. Hiaskan meringue dengan krim putar dan potongan buah-buahan.



    * resepi ini diambil daripada laman sesawang taste.au.com
     

    No comments:

    Post a Comment