Pages

Saturday, September 15, 2012

Puding Caramel


Bahan-Bahan A:

10 biji telur
1 tin susu Ideal
1 tin air
8 sudu besar gula
Sedikit esen vanilla

Bahan-Bahan B (untuk caramel):

10 sudu besar gula
Sedikit air


Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dan pukul. Kemudian masak Bahan-Bahan B. Tuangkan bahan B ke dalam acuan. Kemudian tuangkan pula bahan A. Kukus sehingga masak. Setelah masak, tuangkan ke dalam pinggan hidangan dan sejukkan di dalam peti ais.


Tip: Semasa membuat caramel, masak gula terlebih dahulu. Setelah gula mula berwarna kuning keemasan, baru masukkan air sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment