Pages

Saturday, September 15, 2012

Air Batu Campur (ABC)


Mee Goreng Mamak


Apam Telur


Kuih Sago


Agar-agar Milo


Agar-Agar Bandung



Bahan-Bahan:


Cara Membuatnya:

Fruit Triffle


Asam Pedas Ikan Yu (Rebus)




Bahan-Bahan:

Beberapa ketul isi ikan yu
1 ulas bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Segenggam cili kering (rebus dan kisar)
Daun kesum
Air
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit belacan bakar

Cara Membuatnya:

Masukkan bahan kisar, air, belacan dan air asam jawa ke dalam periuk. Didihkan air rebusan itu. Kemudian masukkan isi ikan yu, garam dan juga daun kesum. Masak sehingga isi ikan yu kelihatan lembut.

Puding Caramel


Bahan-Bahan A:

10 biji telur
1 tin susu Ideal
1 tin air
8 sudu besar gula
Sedikit esen vanilla

Bahan-Bahan B (untuk caramel):

10 sudu besar gula
Sedikit air


Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk dan pukul. Kemudian masak Bahan-Bahan B. Tuangkan bahan B ke dalam acuan. Kemudian tuangkan pula bahan A. Kukus sehingga masak. Setelah masak, tuangkan ke dalam pinggan hidangan dan sejukkan di dalam peti ais.


Tip: Semasa membuat caramel, masak gula terlebih dahulu. Setelah gula mula berwarna kuning keemasan, baru masukkan air sedikit demi sedikit.

Asam Pedas Ikan Patin


Bahan-Bahan:

Ikan patin (dipotong)
1 bawang besar (hiris)
1 bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Cili kering (direbus dan dikisar)
Sedikit kunyit hidup (dikisar, jika mahu)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Serai (diketuk)
Daun kesum
Minyak masak

Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris. Setelah kekuningan, tumiskan pula bahan yang dikisar. Setelah pecah minyak dan terbit bau, masukkan air, air asam jawa, garam dan gula. Masukkan ikan, daun kesum dan serai. Didihkan.

Steamboat

Bahan-Bahan untuk Direbus:

Bebola ikan
Kek ikan
Mee/Bihun/Kuew Teaw
Sayur sawi
Udang
Cendawan
Ayam (jika mahu)
Sotong (jika mahu)
Telur puyuh (jika mahu)

Bahan-Bahan untuk Sup Steamboat:

1/2 bawang besar (hiris)
1 bawang besar (kisar)
2 bawang putih (kisar)
Sedikit halia (kisar)
Ayam (dipotong kecil)
Rempah sup
Minyak masak
Garam secukup rasa
Air (mengikut jumlah sup yang dikehendaki)

Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris. Setelah kekuningan, tumiskan bahan yang dikisar. Setelah terbit bau wangi, Masukkan air, garam dan rempah sup. Setelah kuah mendidih. Masukkan bahan-bahan steamboat sedikit demi sedikit dan angkat setelah masak.

* boleh menggunakan periuk nasi @ periuk khas steamboat untuk menyediakannya.



Thursday, September 13, 2012

Cupcakes


Roti Jala dan Kari Ayam



Bahan-Bahan Untuk Roti Jala:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk kunyit untuk warna (jika mahu)
Sedikit minyak masak/ghee
Sehelai daun pandan

Cara Membuatnya:

Kisar (blend) semua bahan di atas. Kirai di atas non-stick frying pan menggunakan acuan roti jala. Ketika roti separuh masak sapukan sedikit minyak ke atasnya (setiap kali mengirai) menggunakan daun pandan.

Bahan-Bahan untuk Kari Ayam:

Seekor ayam (dipotong 16)
3-4 ulas bawang besar (kisar)
2-3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 ulas bawang besar (hiris)
Air
1 1/2 bungkus rempah kari ayam/daging Babas atau Alagappa
2 biji kentang yang dipotong 4 atau enam (bergantung kepada saiz)
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Minyak masak

Cara Membuatnya:

Rendam rempah kari dengan sedikit air sehingga membentuk pes. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang yang dihiris. Setelah kekuningan, masukkan pes rempah kari. Kacau hingga agak garing. Masukkan semua bahan kisar. Kacau hingga agak mendidih. Masukkan air sedikit demi sedikit bergantung kepada kepekatan kari yang diingini. Masukkan kentang. Setelah kentang separuh masak, masukkan ayam. Akhir sekali masukkan garam dan daun pandan. Kacau dan biar mendidih.





Chicken Cream Soup




Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (direbus untuk mendapatkan stok ayam)
Sebungkus cendawan (kisar halus)
3 sudu besar mentega
3 cawan susu segar
2 tin krim cendawan (Campbell) yang telah dikisar halus.
Cream cheese


Cara Membuatnya:

Cairkan mentega di dalam periuk (sekejap sahaja). Masukkan susu segar, krim cendawan dan cendawan. Kacau. Sesudah itu, masukkan stok ayam dan cream cheese sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan 'chicken cream soup' yang diingini. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah dipotong kiub.


Wednesday, September 12, 2012

Pavlova



Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 6 biji telur (ambil telur putih sahaja)
  • 1 sudu teh krim tartar
  • 1 1/3 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 200ml krim putar (dipukul)
  • Buah-buahan seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya

  • Cara membuat meringue:

    Panaskan oven pada suhu 200°C. Lukiskan bulatan 24cm (diameter) di atas 'baking paper'. Taburkan satu sudu teh tepung jagung di atas 'baking paper' itu.  Pukul putih telur dan krim tartar sehingga membentuk adunan yang kelihatan lembut. Masukkan gula (sesudu demi sesudu) dan pukul sehingga adunann kelihatan pekat dan berkilat ('glossy). Tambahkan 3 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu besar gula. Masukkan esen vanila dan cuka dan 'fold'.

    Sendukkan meringue yang terhasil ke atas baking paper. Rendahkan suhu ketuhar ke 100°C dan masukkan meringue tadi. Bakar selama 1 1/4 to 1 1/2 jam atau sehingga kelihatan rangup. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk. Hiaskan meringue dengan krim putar dan potongan buah-buahan.



    * resepi ini diambil daripada laman sesawang taste.au.com
     

    Tuesday, September 11, 2012

    Chicken Boxing



    Bahan-bahan:

    30 kepak ayam
    sedikit serbuk lada putih
    sedikit serbuk cili
    sedikit serbuk lada hitam
    telur (dipukul dadar)
    serbuk roti
    garam
    Jus lemon (jika mahu)

    Bahan untuk sos:

    Sos cili
    Sos tomato
    Mayonis

    Cara membuatnya:

    Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Ambil bahagian yang banyak isi, kikis dan terbalikkan ke atas. Dengan cara ini, kepak ayam akan kelihatan seperti penumbuk atau  'drumstick' kecil. Perapkan ayam dengan serbuk lada putih, serbuk lada hitam, jus lemon (jika mahu) dan serbuk cili. Perapkan selama 1 jam. Setelah itu, celupkan ayam ke dalam telur. Gaulkan di dalam serbuk roti. Goreng.hingga warnanya keemasan.

    Cara membuat sos:

    Campurkan sos cili, sos tomato dan mayonis

    Bread and Butter Pudding


    Bahan-bahan:

    4 biji telur
    2 cawan susu segar
    1/4 cawan gula kastor
    1 sudu teh esen vanilla
    1/4 sudu teh serbuk kayu manis
    Sebungkus roti Gardenia (atau jenama lain) - hiriskan bahagian tepi roti
    40 mentega (yang telah dilembutkan)
    1/2 cawan kismis

    Cara membuatnya:

    Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Sapukan mentega dalam loyang supaya puding senang dikeluarkan nanti. Setiap keping roti dipotong setengah dan disapukan dengan mentega (kedia-dua belah). Susunkan kepingan-kepingan roti di dalam loyang. Taburkan kismis. Susunkan lagi kepingan roti menutupi taburan kismis tadi. Pukul telur, susu segar, esen vanila, gula dan serbuk kayu manis di dalam mangkuk yang sama. Kemudian tuangkan di atas susunan roti di dalam loyang. Bakar sehingga 30 minit.


    Bahan untuk sos puding (dihidang bersama puding):

    1 tin susu cair
    2 sudu besar tepung kastard
    2 sudu besar gula

    Mee Hailam



    Bahan-bahan:

    Sebungkus mee
    Beberapa batang sayur sawi
    Udang
    Sebungkus bebola ikan
    Sebungkus kek ikan
    Daging ayam (potong dadu/hiris)
    Cili merah (hiris)
    1 cawan daging/ayam
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar sos tomato
    1/2 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar cili kisar
    3 ulas bawang putih yang ditumbuk
    Garam secukup rasa
    Serbuk lada hitam secukup rasa
    Minyak bijan
    Tepung jagung (jika perlu).

    Cara membuatnya:

    Panaskan minyak. Sesudah itu tumiskan cili kisar dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tomato dan stok daging/ayam. Setelah mendidih, masukkan garam, serbuk lada hitam, ayam, bebola ikan, kek ikan dan sayur sawi. Akhir sekali, masukkan mee dan minyak bijan. Tambahkan tepung jagung untuk kepekatan (jika perlu). Hiaskan dengan cili merah yang dihiris.

    * cili kisar = cili kering yang direbus dan kemudiannya dikisar.